Saturday 17 January 2015

DAKWAH CINTA NABI MUHAMMAD


Pernah x korang fikir..... macam mana Nabi MUHAMMAD bole berdakwah dan mengajak penduduk Arab jahiliah join ISLAM.... Kalau korang kaji perangai org Arab yang terkenal dengan KASAR , SOMBONG, BERPUAK2, KEJE NAK GADUH JEEE, dan banyak lagi.

So mcm mana nabi bole mengajak dan membentuk masyarakat Arab ni??????

So ni a few yang aq dapat hasil dari perkongsian kawan2.

1) BINA JAMBATAN

Nabi A.S akan membuat PR atau mendekati para sahabat... sebagai contoh cara nabi mengajak Bilal R.A.
Mengikut apa yang aku ingat Nabi A.S datang 3 hari berturut2 berjumpa dengan Bilal R.A...ketika itu Bilal seorang hamba...  Nabi A.S datang pada waktu pagi atau malam... aku x pasti...  tp baginda menyuruh Bilal berehat dan baginda sendiri membuat kerja Bilal R.A. Pada hari ketiga, Bilal mula bertanya tujuan Baginda menolongnya membuat kerja... dan Nabi A.S pown menyatakan hasratnya untuk mengajak Bilal, untuk memeluk Islam... dan Bilal setuju :)...


Hebatkan NABI MUHAMMAD??.... malu x kita? :(


2) CABUT AKAR YANG ROSAK

Selepas berjaya mendekati para sahabat dan mereka mula mempercayai dan mengkagumi baginda, Nabi mula mencuba secara berperingkat untuk membuang sifat2 negative dalam kalangan sahabat... Sebagai contoh, pada satu peringkat Nabi mengarahkan para sahabat untuk membuang dan menjauhi arak kerana ianya haram. Para sahabat pown menturuti arahan baginda dan diceritakan jalan2 di mekah or madinah aku x pasti, kelihatan seperti anak sungai arak, hasil pembuangan arak secara besar-besaran....


3) SEMAI BENIH YANG BARU

Dalam proses "mencabut akar yang rosak" NABI MUHAMMAD turut "menyemai benih yang baru".
Baginda menerapkan nilai2 cinta dan mahmudah kedalam jiwa para sahabat. sebagai contoh baginda menyemaikan rasa cinta sesama saudara islam ke dalam mindset para sahabat. Kita bole lihat rasa cinta ini semasa penghijrahan para muhajirin dan penerimaan golongan ini oleh para ansar.... bagaimana Ansar boleh memberi mereka tempat tinggal, modal untuk perniagaan dan tanah untuk diusahakan kalau bukan kerana rasa cinta sesama muslim.


KENAPA DAKWAH BAGINDA SANGAT BERJAYA?????

KERANA BAGINDA BERDAKWAH BERTERASKAN CINTA......


*kalau ada salah dan silap bole tegur ok :)*



Thursday 15 January 2015

PRISM CINTA

PRISM DAN WARNA


Ok before aq start cerita pasal teori prism cinta ni aq nk terangkan dulu konsep prism...

PRISM punya mechanism ialah dia prove teori yg mengatakan dalam cahaya putih ni terdapat 7 warna lain atau warna pelangi. Bila cahaya putih melalui medium PRISM, warna putih yg masok akan di differentiate dan mengeluarkan 7 warna yang lain....




SO APA KENE MENGENA PRISM DENGAN CINTA?????


ok camni.... ALLAH jadikan fitrah manusia untuk mempunyai rasa cinta dan sayang...  

rasa cinta dan sayang mempunyai frequency yang berbeza, atau jenis yang berbeza.... 
 
cinta kepada nabi, 
cinta kepada parents,
 cinta kepada rakan2, 
cinta kepada binatang, 
cinta kepada alam sekitar, 
dan banyak lagi....

Hasil gabunga cinta2 tersebut akan menghasilkan satu rasa cinta yang agung isitu cinta kepada ALLAH.

so apa yang aku cuba cakapkan, kita tidakkan mnjadi manusia atau muslim yang baik kalau tidak cukup rasa cinta2 ni.... WALAUPOWN X CUKUP SATU CINTA.

Kita andaikan rasa cinta yang agung kepada ALLAH ialah berwarna putih...

kita tidak akan dapat warna PUTIH walaupown hanya kurang 1 warna.....

SO....konklusinya.... cinta kita kepada ALLAH tidak akan sepurna jika kurangnya rasa cinta kita terhadap perkara lain.... seperti warna putih tidak akan terhasil walaupun jika kurang hanya satu warna pelangi. 




Wednesday 14 January 2015

KOPI DAN COKLAT

KOPI.......


Kadang2 ALLAH sengaja bagi kita KOPI..
 untuk menyedarkan kita yang leka dengan dunia, 
menjentik kita yang lena dalam hina,
 mentriggerkan syanapsis sel2 neuron kita yang beku,
 kaku,
 agar ia kembali rancak dan rakus,
 untuk mencari ilmu,
 mencari jalan penyelesaian,
 mencari solusi,
bukan mencari salah sana dan sini,
 menfitnah saudara sendiri, 
mendabik dada meninggi diri, 
seolah2 syurga itu pasti.

Kadang2 ALLAH sengaja bagi kita KOPI ...
 untuk menampar ego diri, 
membunuh naga yang berapi,
yang sarangnya dalam hati,
supaya kita muhasabah diri,
membaiki kesalahan diri,
menjadi hambaNYA yang sejati.


COKLAT......


Tapi ALLAH juga beri kita COKLAT..
manisnya sangat nikmat,
enaknya satu rahmat,
agar dikongsi bersama sekalian umat,
agar ianya lebih berkat.

Tapi ALLAH juga beri kita COKLAT,
merawat luka, duka, kecewa yang kelat,
melapangkan yang sendat,
meringankan yang berat,
merawat yang tenat,
motivasi untuk mengejar akhirat.

KOPI dan COKLAT...
hayati dan nikmati,
misteri disebalikknya. 


(Janggoruddin)
3.33 a.m
15.1.15





Tuesday 13 January 2015

FINAL



tinggal lagi satu paperrrr..... semoga allah permudahkan